Seiring
dengan perkembangan teknologi internet dan telefon bimbit yang semakin maju
pada masa kini,media sosial turut menerima kesan apabila membangun dengan
pesat. Media sosial merupakan platform interaksi
sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada
persekitaran komunikasi yang biasa. Rangkaian
komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas. Fenomena ini telah mengubah
cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri
berinteraksi antara satu sama lain. Media sosial merupakan
jaringan maya yang disediakan kepada pengguna untuk menyatakan pendapat,
bertukar buah fikiran, dan dapat menghantar serta mengawal mesej yang akan
disampaikan di mana jua pada bila-bila masa. Perubahan tatacara komunikasi ini
menunjukkan satu revolusi yang berlaku terhadap bidang komunikasi di dunia pada
masa ini. Media sosial juga mempunyai
peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk
berhubung khususnya.
Pada
masa kini, penggunaaan media sosial dalam kehidupan seharian semakin meluas
tidak hanya terhad kepada perhubungan semata-mata. Aplikasi media sosial telah digunakan dalam
pelbagai sektor seperti pentadbiran, pendidikan dan terutamanya dalam sektor
perniagaan. Kemampuan untuk mengakses
media sosial melalui aplikasi mudah alih ( mobile web) merupakan faktor
pendorong dalam kejayaan media sosial.
Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum
walaupun diakses melalui telefon pintar.
No comments:
Post a Comment