Perkhidmatan
dan juga perkembangan media sosial sememangnya sudah berada pada tahap yang
semakin maju dari semasa ke semasa di Malaysia. Dengan kemodenan bidang
teknologi telekomunikasi pelbagai usaha dalam bidang perniagaan dapat
berkembang. serta dengan inisiatif daripada pihak kerajaan dalam memastikan
media sosial ini diimplimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia.
Pelbagai pelan dan juga pembinaan infrastruktur telah dibangunkan dan akan dibangunkan
pada masa akan datang. Ini adalah sejajar dengan perkembangan pesat sistem
media sosial yang telah diterapkan oleh beberapa negara maju dan negara lain
yang sedang membangun untuk memacu pertumbuhan ekonomi masing-masing. Pihak
kerajaan juga telah menyediakan peruntukan yang besar untuk memastikan segala
kelengkapan dan juga keperluan dalam sektor yang berkaitan dengan ICT ini dapat
dibangunkan dan dapat memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat pengguna
media sosial di Malaysia khususnya.
Di samping itu, masyarakat perlulah mengambil
peluang dari teknologi media sosial ini dalam memperkenalkan, mempromosikan sesuatu
produk dalam meningkatkan kemahiran menggunakan medium media sosial ini. Secara
kesimpulannya, penggunaan media sosial
dalam bidang perniagaan secara meluas dan terkawal dengan teknik-teknik yang
betul dapat meningkatkan ekonomi individu, rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment